Isnin, 30 November 2009

besT Balik KaMpUng he3...

24/11/2009

Hari ni aku dah balik kampung dah awal2 lagi cuti he3 aku balik dengan mYbrother he3. mujur lah ada abang dekat2 dengan aku kalau x balik ar dengan bas aku sekarng malas nak balik dengan bas dulu boleh jer sekarng aku rasa leceh ar balik dengan bas ntahlah ngada2 jer kot ha3..
25/11/2009

Hari ni duk je umah sebab badan pun letih lagi tapi nak tidor pun x boleh sebab anak2 buah aku ramai kat rumah diaorng duk ar kacau2 mak saudara dia ni, jenis aku aku suka budak2 ni so aku x leh lah nak marah2 diaorng jap lagi buat diaorng x suka kat aku he3..hari ni jugak adik aku dari poly balik best ar sikit banyak benda nak bercerita dengan dia, dialah kawan aku time duk kat umah. Dialah teman,dialah musuh aku ha3...jahat aku kan he3.. x pe dia ok jer.

26/11/2009

Hari ni motor Nouvo S aku sampai dekat Pos Laju cukai Kemaman, so aku kenalah pergi ambik aku p lah dengan family aku, mujur lah motor tu x de calar ape2 ok lah. lepas ambik motor ayah aku ajak p Mini Zoo dekat Cukai Kemaman jauh ar jugak tempat tu ayah, mek,Along & Tasha aku naik kerete aku dengan deksue naik motor dah lah panas terik tapi ok lah.

Tiket nak masuk kira Pas nak masuk la ni kot he3.. orang Dewasa Rm5 Kanak2 Rm3 masa aku pergi tu ada Diskaun lah Dari Harga Rm10 Dia wat potongon dapat lah Rm5 Tapi anak2 buah aku x yah bayar dia kecik lagi kot.

Beruang

Ikan Naga Kot... aku pun x tau sebab dia besau sangat2

Burung ape ntah aku pun x tau nama dia x sempat nak baca dekat tag dia ha3...

ni pun sama aku pun x tau ape nama dia.
Burung Unta
Antara binatang2 yang aku sempat ambik gambar, banyak lagi binatang2 tapi aku malas ar nak ambik gambar hu2 sebab dah lenguh dah berjalan lagi pun Zoo tu baru lepas kena banjir dia tengah bersihkan ar, aku ingat nak tengok Harimau tapi diaorng cakap awal tahun Depan baru ada harimau dengan Gajah.Tapi ok lah ape yang ada ni dah buat anak2 buah aku suka & heppy.
sempat lago posing he3..Mek Adik & anak2 buah
aku pun x ketinggalan jugak nak bergambar he3..ni atas jambatab gantung kat dalam Mini Zoo tu aku naik separuh je takut aku hu3... ayah aku awal2 lagi x nak naik dia x larat dah nak naik mek tetap kuat nak naik jambatan gantung tu.
Tengok ha3... comel nyer ha3 (Perasan)
Along Sempat lagi nak posing dekat akurium Ikan Besau tu..
Along & Tasha naik Mini Kereta api tapi x gerak pun posing jelah.

Deksue,Tasya & Along Dekat Sarang Burung Merak Tapi Burung nyer x nampak ar.

mYMUM pun sempat nak posing jugak he3...
Nilah ayah & Mek aku, aku je x leh nak masuk sebab x de orang nak ambik gambar hu3...

Seronok lah jugak hepy, sebab dapat kuar dengan mek ayah adik aku walaupun x semua yang ikut, dapat lah mengeratkan lagi hubungan kami 1 keluarga he3.

27/11/2009
Hari ni hari raya AidilAdha aku pun x tau nak p mana sebab kawan2 semua x balik lah pulak, jadi duk ar rumah, tengah hari lepas solat jumaat tu, abang aku pulak ajak p picnic dekat tempat kakak aku keje nak bawak anak2 buah aku yang begitu ramai dekat rumah tu ingat nak pergi pantai kemasik tapi kak ipar aku cakap x leh nak mandi pulak so kami pergilah air terjun kat tempat aku keje best jugak, tapi x sempat nak ambik gambar sebab aku x bawa pun fone lupa ar.seronok sangat2 mandi air terjun tu. oarng pergi beraya aku & family pergi picnic ha3...
petang tu baru aku kuar ajak adik sue aku jalan2 jer, ayu jer pakai baju kurung ha3 orang pagi2 lagi pkai baju kurung tapi aku petang baru pakai baju kurung tu pun kejap je ronda2.

aku Dipetang raya AidilAdha ha3... (macam Mak Aji ar pulok ha3...) dengan Dania

Dania dah besar dah pun hu3 suka sangat2 tengok dia.dia dah x kuat menangis dah macam dulu2 hu3..

tgk dia pantang ditegur nak senyum je..

30/11/2009
Hari ni dah balik Kl.. sepanjang perjalanan hujan x henti2jer...dahlah dekat kemasik nak ke kemaman jalan jammed giler puas aku duk dalam kete tu.ingat kan banjir lah tapi bukan banjir jambatan sempit kat depan kot.
oklah sepanjang balik kampung best sebab ramai dekat umah aku tu kakak2 aku abang2 aku semua balik best hu3...

Isnin, 23 November 2009

Tata...Titu...

Hari ni last keje untuk bulan ni he3...
sebab malam ni dah nak balik kampung dah semalam x sempat nak menulis blog ni sibuk sikit banyak sangat keje nak dibuatnya, jadi ni ada masa sikit boleh lah aku menulis blog ni.


Keje aku semua dah siap sekarng ni tunggu masa nak balik je ni dah x sabar bak balik dah ni he3.. lambat betul kul 5 ni mungkin malam baru bertolak balik ke terengganu yea2 dah x sabar dah nak balik nak usik2 dania tu he3... nak jumpa mek, ayah & family aku jugak hu3...

Pagi tadi aku dah tulis separuh dah separuh blog hampir nak ciap dah internet pulak masalah ape ntah, kena tulis balik ape aku tulis pagi tadi aku pun dah lupa he3.... tengah hari tadi dah selamat dah moto aku, aku dah pergi pos dah sedih jugak
cian kat dia...dah hampir 2 tahun dah bersama dengan aku lepas ni dah tukar tangan dah.











Nilah motor aku hampir 2 tahun aku guna masih baru kan?
he3.. last ar aku basuh semalam lepas ni orang lain lah pulak jaga dia tata... titu..
nouvo s ku...hu3..
x pe kadang2 aku balik kampung pun boleh jugak aku naik bukan bagi kat orang lain pun bagi kat adik aku sendiri jugak he3...

Jumaat, 20 November 2009

cibUkk cIkit...

Semalam x sempat nak menulis blog ni.. sbuk sikit banyak tul keje yang nak cepat ciap jer kalau tangan aku ada 4 ok ler kot he3... tapi x tau ar, belum siap2 jugak drawing aku ni dah siap dah 3 cuma ada satu lagi next week dah nak submit dah malas betul nak buat pastu nak ciapkan drawing nak setting dalam cnc lagi malas nyer...rasa macam malas dah nak buat keje sebab aku x sabar nak balik kampung ni sebenarnya dah 2 bulan x balik kampung, hari ni mujur keje half day jer tapi keje half day pun rasa macam 1 hari lama jer rasa bosan duk sini hu3..
Tengah hari nanti nak pergi jumpa kawan2 kat sg.choh tidur sana terus kot, sbb esok kalau x hujan nak p mandi air terjun best nyer...he3..

Drawing yang aku lukis ape ntah ni ha3... tapi mujur lah aku faham ape yang aku lukis ni kalau x hampeh lah tapi aku x tahu lah diaorang faham x ape aku lukis ni ha3..,tapi susah jugak sebab Scale dia NTS tapi aku buat jealah dah diaorng suh aku buat kira ni salah satu drawing ar antara 4 drawing yang aku kena lukis ha3.. nampak je simple tapi aku bukan lah pandai sangat, tulah dulu x nak belajar betul2 sekarng dah menyesal, dulu suruh orang je buat semua assignment & tutorial sekarang pandai2 lah buat & fikir sendiri ha3..

Rabu, 18 November 2009

ok lerrr...

Semalam dah dapat kata putus dah, macam mana nak hantar motor kat kampung & lepas tu mcam mana,seseorng yang bermakna dalam hidup aku tu, cuba sedaya upaya jugak tolong aku selesaikan masalah aku, walaupun dia banyak jugak masalah terima kasih for everything,

Aku mungkin pos motor hari isnin ni kot sebab ahad ni aku nak mandi air terjun dulu kalau pos hari ni x leh lah nak p mandi air terjun he3...
aku pun x sabar rasanya nak balik kampung tinggal beberapa hari je lagi pun nak balik kmpung dah hampir 2 bulan dah aku x balik kampung winnduu kat Mek,Ayah & Family yang lain.

PeniNg Loorr...

Ermm.. hari ni x pagi x lah bz sangat boleh aku melayari jer he3...tapi lepas lunch bz lah pulak kalau x de keje, memang lansung x de, kalau dah ada bertimbun2 pulak malas jugak nak buat sebab
fikiran melayang ke lain ni
x fikir pun nak wat keje ntah lah ada je masalah aku ni pening aku nak fikir, aku janji ngan ayah nak pos motor minggu depan tapi mYbrother lum hantar lagi motor dia macam mana ni?? nanti aku nak p kerja dengan ape pulak kalau aku pos hari isnin ni, x kan aku nak menumpang orang jer, x nak lah aku macam tu nak menyusahkan orang jer. ape aku nak buat ni.


Tadi pulak time boring2 sempat tgk2 website UTM aku ingat nak buat Pengajian Jarak Jauh lah tapi ntahlah aku kena fikir panjang sekarang ni banyak benda nak buat takut x sempat nak tekejar pulak nnti bak kata pepatah "Yang Dikejar x Dapat Yang Dikendung Berciciran" betulah tu kot he3...Insyaallah banyak2 bersabar ada lah tu x leh terburu2 nak buat keputusan.

Isnin, 16 November 2009

ermm..sedih lah pulak..

Baru semalam dapt berita gembira seseorng yang aku tunggu selama ni nak balik semenanjung, tiba2 tadi dapat berita x dapat balik pulak sedih ar aku macam ni nak nangis rasa

bila dapt tahu dia kene keje pulak aku baru hepy2 pagi tadi, dah x de mood dah nak wat keje pun malas sangat2 ni hanya tuhan je tahu perasaan aku ketika ni..
x pelah mungkin ada hikmah di sebalik ni semua hu2.. aku kena banyka2 bersabar lah x leh cepat sangat nak sedih. mujur ada kawan yang dekat2 sini leh jugak pergi sembang2 dengan diaorng.

Tak sabar rasanya...

Tak sabar aku aku rasa nak tunggu besok he3...
mungkin seseorang yang aku tunggu selama ni balik semenanjung, tapi tu belum tentu lagi ar, dah lama x jumpa dia winddu rasernyer he3....
tapi x leh gembira sangt jap lagi berganti duka pulak kan, tapi yang penting aku heppy sangat2..

Dah x lama dah nak cuti raya korban, aku x tau lah nak balik kampung ke tak, aku balik kot tapi antara dua nak balik dengan mYbrother or dengan bus tapi mesti tiket bus dah habis dah ni x pe lah nanti aku pergi usha dulu tiket bus ada ke x..kalu x ade terpaksa ar balik dengan mYbrother.

Semalam layan tv sorng2 jer biasa ar x de orang kat umah du ar tgk aksi-Bionik last episod dah semalam ok lah, tapi cerita dia tergantung macam tu jer, mungkin ada sambungan dia nanti tu tungguuu ha3....

Ahad, 15 November 2009

Seronoklah jugak he3...

Hujung minggu ni aku pergi umah ros & kak hanim biasalah hujung minggu aku x tahu nak buat ape so aku pergi lah umah diaorng lagipun diaorng pun cuti ahad jer. Kcian kat diaorng, aku pergi umah dia hari sabtu tu pun dah malam sebab dari petang hujan jer, tapi aku sempat masak laksa untuk diaorng he3...
boleh lah ha3 aku pun baru belajar jugak. sedap x sedap tu belakang kira lah janji boleh makan
Ahadd pagi, x ar pagi sangat aku kuar p kuala lumpur dengan ros,eja, & kak hanim pergi teman Ros & kak Hanim beli tiket nak balik kampung raya korban ni mujurlah ada, kalau x diaorng dah x leh nak balik kampung...sedihah ar diaorng. mula2 kami pergi tengok tiket kat pekeliling tapi x de lah pulak, terpaksa lah pergi puduraya, lama betul aku x pergi puduraya tu..ramai betul lah plak orng kat pudu ni sesak. lepas beli tiket tu aku jalan2 lah pulak p sogo shopping sikit ha3.. sogo ada sale. aku cuma beli seluar trek jer 2 helai.kejap je kami pergi pastu balik ler.

sebelum Pergi KL pose dulu jap kat bus stop he3..(ROS & KAK HANIM)

Seluar trek aku beli dekat SOGO ni x lah mahal sangat tap berpatutan lah jenama Cheetah jer aku beli 2 ni satu untuk aku satu lagi untuk dia he3..sama jer dua2


kasut PINK he3... ni kasut aku beli kat MEGA jer dekat pekan rawang murah2 jer pun aku nak jogging pagi2 tu pun kalu terbangun ar dari tidur he3..
Beli kasut mestilah kena beli stokin jugak.. semua warna PINK he3..aku suka sangat2 kalau warna pink ni he3.. comeell jer..




Ni pun aku beli jugak he3...

Balik umah rasa macam nak tidur terus jer x larat dah sangat2 nak balik umah aku x boleh ujan lebat jer, aku tidur lah umah ros lagi pagi tadi baru balik terus p kerja..

letih jugak ni megantuk pun ada..x pe kena kuat he3.. sebab pagi ni aku dapt berita gembira, heppy tersangat he...

Jumaat, 13 November 2009

Hujung Minggu...

Hari ni aku keje Half day jer, tapi hari ni lah aku rasa paling lambat masa berlalu malas nak duk opis ni lama2, nak cepat je balik rumah, tengah hari nnti aku cadang nak mask laksam
tapi x tau ar jadi ke x he3...

but belum cuba belum tahu lagi kan ha3... harap2 menjadilah lama dah x makan laksam, selalu mak je yang buat aku tolong tengok je lah tapi aku tolong jugak ar tolong buat laksam tu senang jer cuma kuah dia aku x pandai sangat. Aku inagt nak buat laksam tu nak bawak p makan sama2 dengan kawan2 aku dekat sungai Choh dengan Ros & kak Hanim, makan corang2 x best plak rasanya.

Khamis, 12 November 2009

Rahmat Menjadi WaniTa Islam

Hari ni ada seorang Hamba Allah telah Menghantar email ni kat aku,so aku copy & paste lah, aku baca & teliti seronok pulak walaupun aku belum bersuami or belum bertunang ia, boleh menambah ilmu pengetahuan aku, x salah kita membaca yang elok, membaca lebih menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita. Memang besar kelebihan seorng wanita, tapi jika seorng wanita itu x tau menghargai diri sendiri pun susah jugak, memang aku juga wanita yang belum tentu lagi sempurna tapi aku boleh lagi jaga ape yang patut/perlu dijaga oleh seorng wanita muslim.
Isyaallah... aku mintak jauh lah ape yang buruk & ape yang x disukai oleh ALLAH s.w.t.... Amin..

Assalamualaikum wbr..

Rahmat menjadi wanita Islam..

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd parawanita. Semoga ia dapat menjadi iktibar kepada kaum hawa khususnya dan juga pada kaum adam. InsyaAllah..

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.*
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 * lelaki yang jahat.*
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada * 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.*
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada * badannya(susu* badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang* diberikannya. *
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan *Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga *500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 *maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam *syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuatdaripada yakut. *
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat..
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7* tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat * pahala*80* tahun ibadat.*
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di *akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang *memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.*

Maaf kerana tidak dapat dipastikan dalil atau nas-nas yang sahih berhubung ganjaran-ganjaran diatas, tetapi mungkin ianya dapat diambil bagi meningkatkan amal kita umumnya didalam hubungan suami isteri. InsyaAllah.

Kesimpulannya, amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
*Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahanjalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya,ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai.
Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki,badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangyang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,
"Ibu lebih penyayang daripadabapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. InsyaALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis inibeerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat.
Iaituhati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yangselalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
- Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepadaALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah.Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
- Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik,mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamukahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
- Ibnu - Majah.



WAllahu ta'ala 'alam.

la..la..la..

Hari ni ok lah dari hari sebelum2 ni,sebab esok dah hari sabtu he3...keje pun halfday aku x tau ar kenapa sekarng ni aku nak buat keje jadi x dop mood & malas sangat2 rasa semangat dah hilang tapi mujur lah ada seseorng yang selalu bagi semagat, selalu suh aku kuat xleh lemah2 jangan cepat putus asa,
ape2 pun terima kasih banyak2..he3

Aku rasa hari ni x lah bosan sangat seperti hari2 sebelum ni, aku x tau ar tapi aku lebih senang macam ni lebih hepy macam ni aku x rasa pun aku ni nak menyusahkan ornag hu3... semalam aku dah dapt dah keputusan & kata sepakat. aku bagi jealah motor aku kat adik aku pastu sementara tu aku pinjam dulu motor abg aku yang kat kLang tu sementara aku nak beli kenderaan lain, tahun depan lah aku beli kenderaan lain tu he3...

x pelah aku kena banyak bersabar, bab kata seseoang yang bermakna dalam hidup aku, dia cakap
" kalau kita nak sesuatu kita perlu korbankan sesuatu untuk dapat ape yang kita nak tu"
baikk punyer ayat dia he3... terima kasih banyak2...so aku kena lah korban ape yang aku sayang tu, tu lah harta pertama aku yang aku beli sendiri.


Rabu, 11 November 2009

Pening eh....

Ape harus aku buat ni letih ar aku...
semalm aku tel mak & ayah aku aku dengar mak cakap nak beli motor untuk adik bongsu aku untuk dia ulang alik pergi tempat dia buat Latiahan Industri aku tahu adik aku x nak ayah aku jer kecian kat deksue aku, pastu aku suggest kan dia ambik je moto aku senang sikit hu3.. tapi aku plak ar nak p keje macam mana x kan menumpang orang pulak, tapi disebalik tu aku ada niat nak ambik kete he3...
tapi aku x tau ar lepas ke x, sebbab dulu dah ambik keta guna nama aku dah. aku kalu boleh aku nak kete kancil je, aku takut nak bawak kete besar2, kete aku kat kampung tu pun aku takut nak bawak. ntahlah aku pun x tau ape aku nak buat buntu dah fikiran aku.

x pelah ape2 pun baik aku p survey dulu macam mana tapi ayah aku nak keputusan malam ni dah ape aku nak cakap nanti yer.. memang ar aku leh bagi motor aku tu. tapi janji aku nak jugak kereta he3...kalau boleh lah.. harap2 boleh lah he3...

Isnin, 9 November 2009

Hari YAng Paling MemBosanKan

Hari ni hari paling aku x suka x tau ar kenapa, aku letih sangat2 hari ni keje pun banyak makin bertambah2.. bos plak macam tu jer.. eeeiiii.. geram sangat2 aku rasa malas sangat2 nak buat keje ni hanya tuhan jer yang tahu perasaan aku ni... kepala pun sakit ni, drawing satu habuk pun aku x lukis lagi asyik duk kira tender ni jer macam aku ni kerani hu3.. opss lupa kerani@Draughtperson keje kat sini semua benda kena buat & semua nak kena tahu, aku rasa macam nak behenti je keje kat sini. Gaji ok kat cni tapi suasana keje kat sini kurang menyeronokkan
(x best langsung) selalu je stress lama2 gila jugak aku kalau terus macam ni. kalau aku behenti aku nak keje kat mana pulak aku kena cari keje lain dulu sebelum aku behenti ni. Nak behenti pun sush jugak kena hantar notis 60 hari plak argghhh.... benci nyer ape aku nak buat ni. Buat masa sekarng ni aku kena kuat & banyak2 bersabar.errrmmm....

Bosan arrr...

Hari ni x de mood giler , x tahu ar kenapa keje aku banyak sangat2 tapi aku x tahu ape aku nak buat ni macam kosong jer.Tender lagi aku nak check harga,pastu drawing lagi nak dilukis tp aku duk jer temernung, sbb aku memang x tau nak wat ape..bluurr hu3..
Nak main msg pun aku malas ape aku nak buat ni..

Tunggu je lah masa untuk balik je. Tu pun kalau bos x masuk lagi tapi dia dah masuk aku kena berpura-pura belakon wat keje lah..arghhhh…. malas nyeer nak wat keje ni rasa nak menjerit jer lepas tension ni. Tapi mujur ada seseorang yang sedia mendengar masalah aku ni.. terima kasih kerana selalu jer dengar masalah aku ni., walaupun aku tahu dia lagi banyak masalah tp dia dengar jugak masalah aku, n selalu tolong aku, dia juga suka wat aku tersenyum n heppy sangat2...

Ingat2 balik terfikir aku lagu siela 0n 7 BUAT AKU TERSENYUM best jugak lagu tu...


"Bila ku lelah tetaplah disini
jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah
biarkan ku bersandar
jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku
dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu
walaupun ‘tuk sekejapKar’na
hanya engkaulah
yang sanggup redakan aku

Kar’na engkaulah satu-satunya untukku
dan pastikan kita s’lalu bersama
Kar’na dirimulah yang sanggup mengerti aku
dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau s’lalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku"

Ahad, 8 November 2009

hePPy ter'sanGat...

aku heppy sangat2 sekarng...


aku dah ada kawan yang dekat ngan aku... ape2 pun aku leh p umah diaorng, ros kak hanim dah dapt umah sewa sendiri, dia ajak aku join sekali dengan diaorng, bukan aku x mau tapi kena fikir panjang dulu sebelum buat keputusan x leh pakai setuju jer.aku kena fikir jugak keselamatan aku, sebab pagi-pagi jalan kat situ sibuk sangt2, aku dah lah penakut he3.. erm...aku x leh nak wat keputusan lagi ni.. x pelah buat masa sekarng aku teman lah diaorng dulu dah 2 minggu dah aku bersama diaorng setiap hujung minggu jer aku p umah diaorng, dah setiap hujung minggu tu jugak aku kuar jalan2 p karoeke,shopping he3... best tau heppy sangat2 hilang semua masalah difikiran aku.





ni minggu mula2 aku kuar kami kuar ber4 jer...ni aku & kak hanim dalam bilik karoeke, sampai berminyak2 muka ha3..tapi best ha3...

ni plak ros & eja yang lagi kuat suka berkaroeke ha3... aku ros n eja lah yang suka sangat karoeke..kak hanim tengok jer lah..
ni palak baru semalam aku p tapi sempat ambik 2 3 keping gambar jer... x sempat nak posing lama2 ha3... x pelah janji aku n kawan2 aku semua heppy always..


Lepas hbs meraung (karoeke) kami p sHopping pulak tu lah keje kali banyak tempat kami pergi.. sampai lenguh lah kaki2 ni..tp jalan punyer jalan aku ternampak lah sehelai baju yang lama dah aku berkenan lawa lah jugak baju tu bagi aku.. tp aku x tau ar orng lain ha3..x lah mahal sangat tapi ok lah, walaupun gaji x masuk lagi aku tetap nak beli jugak takut jap lagi habis plak melepas aku he3...tp sebelum tu kena tanya seseorang dulu..mintak kebenaran sebab sebelum ni dia cakap lesen membeli aku kena gantung ha3...tapi pujuk punya pujuk dapat jugak aku beli baju tu ha3..


ni lah baju tu...aku suka sangat2 baju ni. tapi x tau lah nak pkai time bila, x pelah janji aku dah dapt baju yang aku nak.