Sabtu, 30 Oktober 2010

Lima perkara semua Kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1:Wajah yang cantik  
2:
Duit yang banyak
3:
Kesihatan yang baik
4:
Anak2 yg cerdik dan berjaya
5:
Tidur yang nyenyak tanpa ganguan


Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan
solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )
 
  ' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'  Surah Al-Baqarah ayat 286

Jumaat, 29 Oktober 2010

Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz La ilahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari
mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau.
Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah
burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang
menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam
tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak
dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan
kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya
memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu
kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... 'wahai malaikat yang
menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu
permintaan'. Bertanya malaikat 'Apakah permintaan itu?'.. Berkata
burung-burung itu' Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan
kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,
barulah aku akan tidak membuat bising disini'. Berkata malaikat itu,
'Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah'. Beredarlah malaikat dan
menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah
yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.
Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan
bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera
mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah
sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap
Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia
sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan
hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya
berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang.

p/s: Sampaikan walaupun satu ayat

SuNyi SepI....

Kat office tadi sunyi sangat2 aku rasa, tak ada orang pun selalu ramai jugak sebab asmui dan ahtong dah last day semalam, rasa bosan pun ada jugak lepas ni tinggallah Faiz jer QC yang tinggal tapi membosankan jer.

Terpaksa lah lalui hari2 macam tu jugak huhuhu..... Ber empat lah nnti Kak nana, ahkan, Faiz dan aku lah...tapi diaorang bertiga tu selalu duk kat luar jugak aku jealah tinggal kat office arrggghhh....

mmg membosankan lah lepas ni..


Esok Dah Sabtu mujur aku half day je besok, x lah bosan sangat duk office tu, esok halfday nak pergi mana ye petang besok??...duk rumah jealah jawabnya kawan2 ku pun sibuk je, masing2 ada komitmen masing2, tapi esok kawan aku ADDA suruh pergi ambik dia dekat azmy Burger dia nak datang tidor rumah aku......
errmmm.... hujan lebat kat luar rumah ni kalau tidor ni best jugak ni.


Khamis, 28 Oktober 2010

Macam2 Terjadi...

eerrmmm.....Sejak kebelakangan ni, macam2 terjadi dalam hidup aku ni pengalaman baru aku yang tak boleh aku nak lupakan terjadi dalam hidup aku kawan rumah aku pulak tu, sebelum ni aku dengar kat tv jer, tapi skarng terjadi dekat dengan aku satu rumah dengan aku. Takut pun ada ,aku mesti kena kuat semangat tak boleh cepat lemah semangat, Tapi nak balik rumah tu memang berat hati, takut pun ada nak balik rumah sendiri huhuhu.....Ermm buat masa sekarang aku tak boleh cerita lagi ape yang terjadi dekat rumah aku, mungkin sikit masa lagi aku boleh bercerita dalam blog ni..

Akhir2 ni jugak sibuk dengan tempat kerja jugak Drawing nak siap cepat jadi x sempatlah aku nak menulis blog ni. Tidur Ku sekarang asyik terggagu jer, tak lena aku tidur kalau terjaga pun asyik fikir yang bukan2 jer. aku mesti kuat lawan semua ni tak boleh cepat lemah semangat,putus asa.

Isnin, 25 Oktober 2010

KeBosanan.....TaHap ciPan....

Hari ni isnin, hari pertama bekerja dalam minggu ni,datng2 kerja rasa macam x best jer ntahlah huhuhu....ape lah yang aku nak sebenarnya ni, kat tempat kerja tak best kat rumah lagilah Bosan nyeerrr.....aku rasa mcam nak balik duk kampung jer, tapi tak tahu pulak nak kerja ape tanam anggur belakang rumah aku leh lah hahahaha....but tumbuh ke tak tak tahu lah huhu....

Tengah hari tadi baru aku dapat kerja, tu pun Bos aku sendiri datang bagi kerja kat aku, tapi simple sangat Drawing huhuhu just redraw je ape yang ada, x mencabar langsung hehehehe koya skeettt....padahal bukan reti sangat pun.

Nilh kerja yang Bos aku bagi tadai he3...ok lah janji ada kerja daripada tak ada kerja asyik melangut je kerja aku, pastu asyik lapar nak makan jer aku huhuhu....


kerja aku tiap2 hari ni lah hahahaha.....GAME ZOMBIES


Best game ni sampai x sedar dah nak balik kerja asyik sangat....



kalau lah bos aku tahu aku asyik main game ni jer....teruk aku ni, bukan ape aku tak ada kerja pun nak buat kat opis tu QC2 pun asyik internet & semabng jer kerja diaorang bukan ada kerja nak buat pun huhuhu....

Ahad, 24 Oktober 2010

Dia MiLikKu


semula ku tak tahu
engkau juga kan ingin memilikinya
bukankah ku lebih dulu
bila engkau temanku
sebaiknya tak mengganggu

dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
pergilah kamu, jangan kau ganggu
biarkan aku mendekatinya
kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh
dia untuk aku

bukankah belum pasti
kamu juga kan jadi dengan dirinya
dia yang menentukan
apa yang ’kan terjadi
tak usah mengaturku

dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
lihatlah nanti, lihatlah saja
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh
kusarankan engkau mundur saja, ooo

dia untuk aku
bukan, dia untuk aku