Rabu, 15 Jun 2011

CoraT CoReT 10 June 2011

Syukur alhamdulillah, majlis ku berjalan dengan Lancar walaupun banyak cabaran dan dugaan yang aku lalui selama ni. ermm... 8.6.2011 aku dah start cuti dah tapi 7.6.2011 aku dah balik kampung, ingat nak balik corang2 dengan kereta sebab semua orang nak balik lambat tapi semua tak kasi aku balik so dialah yang kena Teman aku hehehehe(gediks skit)....syukur aku selamat sampai kul 5 pagi uisth....letih sangat2....mujurlah 8.6 tu tak sibuk lagi boleh lah rilek2 main2 dengan anak buah hehehehe.... 

9.6.2011...
Pagi2 dah kena bangun dah...mengantuk nyer mata ku...pagi ni pergi pasar Dungun nak beli barang2 untuk masak pada esok harinya... Banyak jugak lah beli barang kat pasar Dungun ni..balik rumah dah tak leh nak rilek lah kena ciapkan ape yang patut lah jawabnya.. yang aku paling aku tak suka nak pasang langsir husshhh....cerewet nyer.... tapi kena pasang jugak..yang jadi mangsa adik ku n anak2 buahku lah hehehehe...

10.6.2011-Majlisku 
Ape aku nak wat mula2 ni... Kemas rumah lah ape lagi rumah yang bersepah nak menyapu, tapi sapu lah 3 kali pun sama jer sbb anak buah ku buat selerak balik huhuhu...nak kena kau jadi mat lampir menjerit kuat2 barulah diaorang takut huhuhu...

  

Antara Mereka2 yang sama2 menjayakan majlisku....tanpa mereka msti majlis ku tak berjalan dengan lancar terima kasih untuk semua yang terlibat. Adik2 beradik ku pun semua ada dan turut membantu sama2 memeriahakn majlisku.



Corat Coret waktu Majlisku..... Bolehlah tahanlah...

Bakal Mak Mentua ku...berdebar2 masa ni hanya tuhan jer yang tahu perasaan aku ikutkan hati nak jer gantikan orang lain buat sementara tapi tak boleh lah pulak huhuhu

kawan2 lama ku yang datang ke majlisku terima kasih IDA & MA....







 
Amin......Majlisku berjalan dengan lancar terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat, Hari ni hari yang memenatkan tapi gembira,seronok tak dapat nak digmbarkan aku harap ikatan Pertunangan ku ini sampai ke jinjang pelamin dan sampai akhir hayat... Doa2kan lah kami......Insyallah....

Isnin, 30 Mei 2011

Lama Nyerrr...

Lama nyer wase aku x update blog ni, x tahu aku nak tulis aper.. tapi sejak akhir2 ni aku sibuk sikit nak siapkan ape yang patut untuk majlis aku yang x lama lagi, ntahlah aku rasa macam lum bersedia pun ada jugak tapi aku kena terusakan jugak sbb dah rancang dah semua tu, aku harap semuanya berjalan dgn lancar insyaallah. Dekat opis pulak mmg goyang kaki je kerja aku aku pun x tahu nak buat ape ada ke patut kerja aku draughtperson tapi dia suh aku edit2 gmbar tapi x pelah mmg aku suka sangat2 lah bab2 edit gmbar ni hehehehe...TQ Boss.. Surat cuti x hantar lagi ni masih confius brapa hari aku nak cuti yer??...ermm..5 hari cukup kot... ape aku nak buat lagi ni yer bosan dah aku asyik2 main game zombies jer... nak main game lain x reti. Internet pun lembab mungkin x bayar ni kot hahahahaha...ape2 pun aku mmg seronok kerja kat cni sempooiiii....

Rabu, 17 November 2010

17/11/2010- sDey Dan memenatkan.....

Hari ni aku sedeih sangat2.... tak dapat nak balik kampung sambut raya Aidiladha bersama keluarga tercinta, terpaksa beraya dekat Rawang ni jer.. Sebab cuti tak dapat hari raya pun kena kerja tapi aku poteng je huhuhu... kawan2 satu rumah pulak semua balik kampung tinggal lah aku corang2 jer kat rumah, mujurlah ada insan lain yang prihatin dekat aku ajak jugak aku beraya n duk rumah dia sementara waktu. Syukur alhamdulillah kepada Family Eja sebab layan aku macam Family diaorang jugak. 

Pagi2 Lagi aku bangun semangat nak pergi sembahyang raya, aku pergi sembahyang raya dekat surau dekat rumah aku je, Dekat Sg.Choh Rawang, Ramai lah jugak yang sembahyang dekat situ samapi aku pun kena sembahyang dekat luar huhuhu... tak pelah janji aku dapat tunaikan solat Sunat Aidiladha.

Lepas ciap2 solat sunat aidiladha kena berciap2 pulak Family Eja ajak aku sekali balik kampung diaorng dekat Ipoh, Ikut jealah lagi pun duk corang2 nnti membuatkan aku makin sedih sebab ingat kat Family kat Kampung. sebelum pergi Ipoh aku tel Family aku dulu Kat Kampung Rindu sangat2 kat Mek Ayah, Dania deksue aku N kat semualah......terubat sikit rindu hehe.....

kul 10 dah bertolak pergi ipoh dah, 2 jam jugak lah perjalanan baru lah sampai ipoh huhu.... lenguh jugak duk dalam keta, samapi ipoh jer behenti rumah saudara Eja makan Laksa lah dah lah aku suka makan laksa bnyak makan hehehehe.. pastu pergi Ke tanah perKuburan, Datuk N nenek eja... Sebelum pergi rumah saudara Eja yang lain singgah solat zohor dekat Masjid Kepayang. 

Pergi rumah saudara dia yang ke 2 makan lemang dan rendang, yang ke 3 makan laksa dengan lohtong, kenyang nyer, rumah saudara yang 4 ke pulak makan bihun sup tak larat nak makan dah aku rasa asyik makan jer, last sekali kat rumah saudara dia yang ke 5 makan pulak Nasi Briani....kenyang sangat2 sampai x larat aku nak berjalan dah.....Masuk je keta aku terus nak lelap huhuhu...kul 6.30 jugak lah baru bertolak balik, Behenti hentian rehat Tapah kejap Solat Jamak Takhir... Lepastu balik rumah samapi kul 9.30 Penat sangat2 kalau boleh aku nak jer terus tidor tapi tak leh sebab saudara eja ada kirim makanan untuk anak dia yang kerja kat tesco terpaksalah pergi pulak nak tunggu pulak lama so aku Dengan Eja pergilah FunFair kejap hehehehe sempat lagi walaupun letih.. Dah hntar makana tu balik jer terus aku tidor kepenatan lah katakan esok nak kerja pulak.....huissh....Letih nyer.....

Jumaat, 12 November 2010

KeNa TinGGal pLop...

huhuhu.... sedih nyer...dalam masa 2 minggu ni tak ada yang nak teman aku SMS. pastu telephon aku mesti tak berbunyi pun... ermmm apelah aku nak buat selama 3 minggu ni mesti bosan yang teramat sangat2 lah huhuhu.... arghhhh.....nak menjerit je kuat2 aku rasa SABAR,SABAR Dan Terus BERSABAR..... Aku harap2 sangat aku sabar menghadapai semua ni Insyallah...

Tadi petang Pergi jalan Kuala Lumpur lama tak pergi Kuala Lumpur, Hari ni half day jer aku kerja...Balik pulak jalan jem teruk...Mujur sampai rumah sebelum Maghrib.

aku pun ngah pening ni fikir nak balik tak raya ni pagi tadi aku masuk Office pergi tanya Amoi macam mana cuti raya haji...ermmmm sedih jer jawapan dia... dia cakap raya Haji pun kena cuti jugak tak ada cuti lgsung lah kalau macam ni. Apalah Bos aku ni tak faham langsung lah tentang pekerja2 dia ni. Asyik kerja2 padahal bukan ada kerja pun kat Office tu... duk tengok movie jer tiap2 hari adalah..

Jumaat, 5 November 2010

11 Jenis manusia didoa Malaikat

11 jenis manusia didoa Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
http://api.ning.com/files/czNgqUQ1z1RNjLJJN5U-xjvuLb1Nn5Wpw49qx-5uYQn82wO*vuRFjDpbKoIXSszB61uim2JOJeKd51*-7s-C0*pLjxplDJxD/4567.bmp

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
http://farm4.static.flickr.com/3626/3427910878_74316d865f.jpg?v=0

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
http://www.apisbp.com/wp-content/uploads/2009/08/solat-jamaah.jpg

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixWojoCAKqxjtw5wK1KX3c99lyvCVIoVuNEyt_ERvD5w2UJjFE608ynw0FroOqLZj2Tfwz64b-8M-XWGP45Zs1ayAUh7NM5TZ5yWyOM5Qc7Rlyl_lTbiNp3a5dfWDN6HJr6AtPyLP7_II4/s320/Al-Fatihah.png

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
http://maalimfitariq.files.wordpress.com/2009/09/iktikaf21.jpg

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
subuh-berjamaah.png masjid al akbar surabaya image by detbucket

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
http://i257.photobucket.com/albums/hh206/3asfuura/Prayers/Trust.jpg

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”
http://innerinspiration.files.wordpress.com/2009/10/sedekah.jpg

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
http://dunianopy.wordpress.com/files/2009/09/sahur.jpg

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcWhIxFkiUVAtaBpL0Kic-GyXWh_91aERjluAIPylqT6PCRaAXj_ohoH2RUNRyQzlSpxa3HiFYvACnxH2_m6pZZv5bMPNPI9DSA4VFFX1ajltvDHQeHntx0yv56I_tqjeed6Ci6LH85eWq/s400/KG-Orang+Sakit-19+Mei.JPG
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

* Mohon ditegur atau dikomen oleh ustaz-ustaz atau yang arif sekiranya saya salah memberikan info

SusahNyer....tapi berjalan Jugak...

Susah nyer aku rasa nak bernafas ni tak tahu lah kenapa dari pagi tadi lagi macam ni bangun2 tidur je aku rasa dada aku sakit sangat nak bernafas pun susah ape dah jadi niii....aku nak pergi klinik aku takut pulak taku ada penyakit berbahaya pulak.. tapi baik cegah dari awal.. semalam aku sedu, lama jugak hari ni terus sakit dada. esok kalau macam ni jugak aku kena pergi klinik nak tahu ape sakit ni.

Sakit2 macam ni pun aku samapi jugak Slim River Perak tadi, kul 12 lebih gerak dari rumah ni, pergi ber 3 Ros, Kak Hanim dan aku, pergi melawat kawan serumah aku Ina dia duk kat Hospital Slim River..Mujurlah tak sesat jalan hehehehe... tak lah jauh sangat kalau dari Rawang ni ikut jalan lama jer...samapi2 rumah tadi kul 7 lebih lama lah jugak duk menyembang dengan Ina.....

Errrmm..lewat dah ni aku tidor dulu lah yer....Gud Nite.....