Isnin, 11 Januari 2010

pEnInG lOOrrrr...

Hari ni pening nyer kepala ni.. badan pun sakit2 jer mungkin aku salah tidur semalam kot, nak je keje halfday hari ni, pastu nak je tidur hu3... lagipun kat opis ni pun bukan ada keje pun duk je melyari internet, aku nak melayari ape pun aku dah x tahu dah ni hu3... bosan sangat2 dah ni..

Duk bela ikan kat FaceBook aku dah rasa bosan dah ha3..macam2 lah aku ni kan.. aku nak wat pe ek...ermmm.. buat2 cerdik jealah ha3...lama lagi nyer aku nak balik kmpung dah x sabar dah ni nak balik kampung nak jumpa Family aku, nak jumpa Dania mesti dah besar dah dia tu eiii... x sabarnya rasa.

Cuti Tahun Baru Cina x tahu lah bos bagi cuti lama mana, harap2 lama lah leh duk kampung lama2 sikit, Tapi duk lama2 kat kampung pun duit pun cepat habis ha3... tapi tu perkara biasa ar tu, x pe janji aku heppy jer.. tapi x tahu ar nak balik kampung dengan kereta or dengan bus, bukan ape kalau balik ngan keta bajet tinggi pulak tapi kalau balik dengan bas pulak leceh ar, nak tunggu komuter lagi dah lah komuter tu lembab, pastu macam sardin pulak tu, banyak songeh sebenarnya aku ni ha3....

Hari ni aku nak masak ape pulak ye?? ermmm.... x tahu ar nak masak ape ni, semalam aku masak 2 menu he3.. sup ayam dengan Daging masak kicap mujur menjadi jer, jadi memang lah jadi tapi sedap tu belakang cerita lah ek..ha3.. janji kenyang perut ni, kawan2 aku pun cakap ok, so ok ler tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan